Music

بسم الله الرحمن الرحيم

Senin, 24 November 2014

Pelajaran Social Science




Assalamu'alaykum , 

hai teman, kembali lagi bersama saya, kali ini saya akan berbagi pengetahuan tentang apa itu sains sosial , sebenarnya karena ini adalah tugas dari seorang guru di sekolah saya, jadi ya udah deh saya kembali berduaan sama laptop di kamar kakak (soalnya kalau dikamar sendiri sinyal wifinya gak nyampe)

okee ,gak pake lama, cawww langsung saja pembahasannya dibawah ini


Sains Sosial (Social Science) merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji bidang kemanusiaan di dunia ini. Ia juga dikenali sebagai Kajian Sosial yang berlaku dalam dunia sosial dan fenomena yang berlaku dalam dunia sosial yang melibatkan manusia. Bidang Sains Sosial merangkumi: 



  1. Antropologi
  2. Ekonomi
  3. Linguistik
  4. Etimologi
  5. Psikologi
  6. Sosiologi
  7. Pendidikan
  8. Komunikasi

 



Istilah sains sosial mengikut A New Dictionary of Sociology (Mitchell , 1979) secara umumnya digunakan untuk sebarang bentuk pengajian yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat. Secara khususnya, istilah tersebut memberi penekanan kepada penggunaan kaedah yang ilmiah atau saintifik dalam penelitian terhadap hubungan yang rumit dan kompleks antara manusia. Ini bermakna bahawa setiap penelitian yang dilakukan ke atas hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan itu mestilah dilakukan dengan cara yang saintifik, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan serta teruji oleh masa dan tempat.

Antropologi

antropologi itu adalah ilmu tentang manusia, masa lalu dan kini, yang menggambarkan manusia melalui pengetahuan ilmu sosial dan ilmu hayati (alam), dan juga humaniora. Antropologi berasal dari kata Yunani άνθρωπος (baca: anthropos) yang berarti "manusia" atau "orang", dan logos yang berarti "wacana" (dalam pengertian "bernalar", "berakal") atau secara etimologis antropologi berarti ilmu yang memelajari manusia.
Antropologi bertujuan untuk lebih memahami dan mengapresiasi manusia sebagai spesies homo sapiens dan makhluk sosial dalam kerangka kerja yang interdisipliner dan komprehensif. Oleh karena itu, antropologi menggunakan teori evolusi biologi dalam memberikan arti dan fakta sejarah dalam menjelaskan perjalanan umat manusia di bumi sejak awal kemunculannya.


Ekonomi (Economy




merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang 
terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan 
melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaraan, dan penggunaan barang.

Ekonomi disebut sebagai positif jika ilmu ini berusaha untuk menjelaskan akibat dari berbagai pilihan yang ada untuk sekumpulan tanggapan-tanggapan tertentu, dan disebut sebagai normatif jika ia mensyaratkan tindakan yang harus diambil.
Subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada dua cabang besar:
  • ekonomi mikro : yang berhadapan dengan keputusan ekonomi di tingkat individu.
  • ekonomi makro: melihat ekonomi secara keseluruhan (termasuk inflasi, pengangguran, pengeluaran industri, dan peran pemerintah).
Aspek yang menerima perhatian khusus dalam ekonomi adalah penyediaan bahan, pengeluaran, pengedaran, perdagangan dan persaingan.

Etimologi 

adalah cabang ilmu linguistik yang mempelajari asal-usul suatu kata. Misalkan kata etimologi sebenarnya diambil dari bahasa Belanda etymologie yang berakar dari bahasa Yunani; étymos (arti sebenarnya adalah sebuah kata) dan lògos (ilmu). Pendeknya, kata etimologi itu sendiri datang dari bahasa Yunani ήτυμος (étymos, arti kata) dan λόγος (lógos, ilmu).

Psikologi 

psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.
Psikologi boleh dikatakan bahawa berbagai bidang berkait yang duduk di bawah nama yang sama termasuk:
  • psikologi uji kaji yang menumpukan pada asas dan sains gunaan.
  • penyelidikan psikologi kuantitatif yang menggunakan penyelidikan kuantitatif dan bukan andaian statistik untuk menyelidik pengalaman subjektif manusia.
  • psikologi klinikal dan psikologi kaunseling yang tumpuan utama adalah untuk membantu manusia mengatasi atau menangani patologi serta had tanggapan.
  • psikologi perindustrian dan organisasi yang menggunakan prinsip psikologi kepada mereka yang bekerja dalam sesuatu pertubuhan.

Sosiologi 
merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat).
Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.

Pendidikan 


 merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.


Komunikasi 

 boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
  • perbuatan menghantar matklumat
  • proses untuk bertukar-tukar maksud
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.




Asas sains sosial

Sebagai satu bidang ilmiah atau ilmu, sains sosial, seperti juga bidang sains tulen, mempunyai asas yang logikal dalam menghuraikan sesuatu fenomena sosial. Pertama, sebarang kenyataan dalam sains sosial mestilah boleh diterima oleh akal dan pemikiran manusia, ianya mestilah logikal dan munasabah. Kedua, kenyataan itu mestilah selari atau tidak bercanggah dengan apa yang kita perhatikan di alam nyata. Ini bermakna bahawa setiap kenyataan yang dibuat oleh ahli sains sosial mempunyai asas kebenarannya serta boleh diterima oleh akal manusia kerana mempunyai bukti yang kukuh. Pembuktian kepada kenyataan tersebut mestilah disokong oleh hasil pemerhatian yang dibuat. Oleh yang demikian segala kenyataan yang dibuat dalam sains sosial itu mempunyai asas yang kukuh dan terbukti bukan sahaja melalui pemerhatian yang mendalam.

okee segitu aja yang bisa saya sampaikan, mudah mudahan bermanfaat, kini saatnya saya beralih ketugas lain , zZZZ , Terimakasih bagi yang sudah berkunjung , salam super! 

Wasalamu'alaykum

NB : 
ditulis dari beberapa sumber dari Wikipedia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar