Assalamu'alaykum ,
hai teman, kembali lagi bersama saya, kali
ini saya akan berbagi pengetahuan tentang apa itu sains sosial , sebenarnya
karena ini adalah tugas dari seorang guru di sekolah saya, jadi ya udah deh
saya kembali berduaan sama laptop di kamar kakak (soalnya kalau dikamar
sendiri sinyal wifinya gak nyampe)
okee ,gak pake lama, cawww langsung saja
pembahasannya dibawah ini
Sains Sosial (Social Science) merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji bidang kemanusiaan di dunia ini. Ia juga dikenali sebagai Kajian Sosial yang berlaku dalam dunia sosial dan fenomena yang berlaku dalam dunia sosial yang melibatkan manusia. Bidang Sains Sosial merangkumi:
- Antropologi
- Ekonomi
- Linguistik
- Etimologi
- Psikologi
- Sosiologi
- Pendidikan
- Komunikasi
Istilah
sains sosial mengikut A New Dictionary of Sociology (Mitchell , 1979)
secara umumnya digunakan untuk sebarang bentuk pengajian yang berkaitan dengan manusia
dan masyarakat. Secara khususnya, istilah tersebut memberi penekanan kepada
penggunaan kaedah yang ilmiah atau saintifik dalam penelitian terhadap hubungan
yang rumit dan kompleks antara manusia. Ini bermakna bahawa setiap penelitian
yang dilakukan ke atas hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan itu mestilah
dilakukan dengan cara yang saintifik, mengikut kaedah-kaedah yang telah
ditetapkan serta teruji oleh masa dan tempat.
Antropologi
antropologi itu adalah ilmu tentang manusia, masa lalu dan kini, yang menggambarkan manusia melalui pengetahuan ilmu sosial dan ilmu hayati (alam), dan juga humaniora. Antropologi berasal dari kata Yunani άνθρωπος (baca: anthropos) yang berarti "manusia" atau "orang", dan logos yang berarti "wacana" (dalam pengertian "bernalar", "berakal") atau secara etimologis antropologi berarti ilmu yang memelajari manusia.
Antropologi bertujuan untuk lebih memahami dan mengapresiasi
manusia sebagai spesies homo sapiens dan makhluk sosial dalam kerangka kerja
yang interdisipliner dan komprehensif. Oleh karena itu, antropologi menggunakan
teori evolusi biologi dalam memberikan arti dan fakta sejarah dalam menjelaskan
perjalanan umat manusia di bumi sejak awal kemunculannya.
Ekonomi (Economy)
merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji
pembahagian sumber yang
terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah
kajian tentang pengeluaran dan penggunaan
melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa
pengeluaran, pengedaraan, dan penggunaan barang.
Ekonomi disebut sebagai positif jika ilmu ini
berusaha untuk menjelaskan akibat dari berbagai pilihan yang ada untuk
sekumpulan tanggapan-tanggapan tertentu, dan disebut sebagai normatif jika ia
mensyaratkan tindakan yang harus diambil.
Subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada dua cabang
besar:
- ekonomi mikro : yang berhadapan dengan keputusan ekonomi di tingkat individu.
- ekonomi makro: melihat ekonomi secara keseluruhan (termasuk inflasi, pengangguran, pengeluaran industri, dan peran pemerintah).
Aspek yang menerima perhatian khusus dalam ekonomi adalah
penyediaan bahan,
pengeluaran, pengedaran, perdagangan dan persaingan.
Etimologi
adalah cabang ilmu linguistik yang mempelajari asal-usul suatu kata.
Misalkan kata etimologi sebenarnya diambil dari bahasa Belanda etymologie yang berakar dari bahasa Yunani; étymos (arti sebenarnya adalah sebuah kata)
dan lògos (ilmu). Pendeknya, kata etimologi itu sendiri datang dari
bahasa Yunani ήτυμος (étymos, arti kata) dan λόγος (lógos, ilmu).
Psikologi
psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan
perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.
Psikologi boleh dikatakan bahawa berbagai bidang berkait
yang duduk di bawah nama yang sama termasuk:
- psikologi uji kaji yang menumpukan pada asas dan sains gunaan.
- penyelidikan psikologi kuantitatif yang menggunakan penyelidikan kuantitatif dan bukan andaian statistik untuk menyelidik pengalaman subjektif manusia.
- psikologi klinikal dan psikologi kaunseling yang tumpuan utama adalah untuk membantu manusia mengatasi atau menangani patologi serta had tanggapan.
- psikologi perindustrian dan organisasi yang menggunakan prinsip psikologi kepada mereka yang bekerja dalam sesuatu pertubuhan.
Sosiologi
merupakan kajian tentang hukum masyarakat
dan proses yang berkenaan
dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga
sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan
institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat).
Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan
soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita
sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang
pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.
Pendidikan
merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga
sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah
satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan
melangkaui generasi.
Komunikasi
boleh ditakrifkan sebagai "satu proses
perpindahan maklumat, perasaan, idea,
dan fikiran seseorang individu
kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses
interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
- perbuatan menghantar matklumat
- proses untuk bertukar-tukar maksud
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh
mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.
Asas
sains sosial
Sebagai
satu bidang ilmiah atau ilmu, sains sosial, seperti juga bidang sains tulen,
mempunyai asas yang logikal dalam menghuraikan sesuatu fenomena sosial.
Pertama, sebarang kenyataan dalam sains sosial mestilah boleh diterima oleh
akal dan pemikiran manusia, ianya mestilah logikal dan munasabah. Kedua, kenyataan
itu mestilah selari atau tidak bercanggah dengan apa yang kita perhatikan di
alam nyata. Ini bermakna bahawa setiap kenyataan yang dibuat oleh ahli sains
sosial mempunyai asas kebenarannya serta boleh diterima oleh akal manusia
kerana mempunyai bukti yang kukuh. Pembuktian kepada kenyataan tersebut
mestilah disokong oleh hasil pemerhatian yang dibuat. Oleh yang demikian segala
kenyataan yang dibuat dalam sains sosial itu mempunyai asas yang kukuh dan
terbukti bukan sahaja melalui pemerhatian yang mendalam.
okee
segitu aja yang bisa saya sampaikan, mudah mudahan bermanfaat, kini saatnya
saya beralih ketugas lain , zZZZ , Terimakasih bagi yang sudah berkunjung ,
salam super!
Wasalamu'alaykum
NB :
ditulis
dari beberapa sumber dari Wikipedia